Panduan ini juga terpakai untuk simkad BeONE edisi lama (seperti gambar sim diatas). Cara daftar sendiri Sim redONE Prepaid langkah demi langkah.
P/S: Panduan terkini Cara aktifkan BeONE Mobile edisi baru (sim gambar beruang hijau) under Maxis, Sila klik disini.
Terus ke halaman cara aktifkan SIM pilihan anda melalui link dibawah:
✅ Nombor Baru
✅ Kekal No. Lama (MNP)
Proses mengaktifan simkad redONE @ BeONE Prepaid ini sangat mudah dan boleh dilakukan dalam masa beberapa minit sahaja.
Panduan terbaru untuk membantu anda mengaktifkan simkad sama ada untuk nombor baru atau kekalkan nombor lama anda dengan cara yang paling tepat.
Sebelum Mengaktifkan Simkad, pastikan anda sudah mempunyai perkara berikut:
- Kad SIM redONE / BeONE Prepaid yang sah dan belum diaktifkan
- Telefon mudah alih yang ada internet (WiFi atau data lain)
- Kad pengenalan (MyKad/IC) untuk tujuan pengesahan identiti
Jika belum ada simkad, anda boleh dapatkan dengan kami di kedai shopee kami, klik disini ada cash rebate RM5 & RM10
Persediaan ini penting untuk proses pendaftaran dan pengaktifan berjalan dengan lancar tanpa gangguan.
Nombor Baru – Cara Aktifkan Simkad redONE / BeONE Prepaid
1 : Download aplikasi redONE Prepaid di Playstore @ AppStore atau klik disini
2 : Klik butang Activate SIM
3 : Pilih bahagian Register New Number
4 : Scan kod QR activation dibawah jika diminta.

5 : Scan barcode di bahagian hadapan simkad anda
6 : Scan / snap (IC) depan & belakang anda mengikut arahan yang diberikan dalam aplikasi.
Pastikan ic real, bukan copy!!
7 : Scan muka (selfie) untuk pengesahan pemilik IC
8 : Semak butiran maklumat anda.
🌀 Anda dikehendaki untuk terus melanggan Pelan dan bayaran melalui online banking seperti arahan dekat aplilasi.
Tahniah, pendaftaran anda telah berjaya!!
🌀 Klik bahagian “Proceed To First Time Login”. (masukkan SIM terlebih dahulu).
🌀 Masukkan nombor anda dan klik “Request”.
🌀 Tunggu notifikasi SMS untuk dapatkan kata laluan & Login masuk ke app redONE dan langgan pelan data.
P/S : Kadang kala, paparan mungkin berbeza, anda hanya perlu ikut arahan yang diberikan sahaja.
Kekal Nombor Lama – Dari Telco lain ke redONE / BeONE Prepaid.
1 : Download app redONE Prepaid di Playstore @ App Store atau klik disini
2 : Klik di bahagian Activate SIM.
3 : Pilih bahagian “Port In Existing Number”.
4 : Scan kod QR activation dibawah jika diminta.

5 : Scan barcode dibahagian belakang simkad anda.
6 : Snap gambar IC depan dan belakang seperti arahan yang ditunjukkan dalam app. Kemudian anda dikehendaki untuk buat pengesahan dengan selfie.
7 : Semak butiran maklumat anda. kemudian tekan butang submit.
8 : Isikan nombor yang anda ingin kekalkan dan pilih telco lama anda.
Pendaftaran MNP berjaya!!
P/S : Kadang kala, paparan mungkin berbeza, anda hanya perlu ikut arahan yang diberikan sahaja.
Nota Penting : Sila tunggu SMS pengesahan dari telco lama, anda perlu replay SMS tersebut. Jika tak pasti macam mana nak reply, klik disini wasap kami hantar screen shot SMS dan kami akan nyatakan cara reply yang betul.
🌀 Proses kekal nombor lama MNP akan ambil masa 24 jam atau kurang berdasarkan kelulusan dari telco lama anda.
🌀 Untuk semak status di app, sila klik butang Port-In Status dan masukkan nombor lama anda.
Sebarang bantuan atau pertanyaan, whatsapp 0179004448 hubungi kami.