BeONE Mobile, Plan BeONE Terkini dan Cara Daftar Dealer 2026

Februari 2026 BeONE Prepaid dijenamakan semula menjadi BeONE Mobile dan secara rasmi telah menjadi MVNO rangkaian Maxis. Pelancaran telah dibuat di Hotel Le Méridien Putrajaya pada 15 haribulan.

Dan juga secara rasminya BeONE tidak lagi bekerjasama dengan Redone.

Beone Mobile

BeONE setelah jadi MVNO, akan menggunakan coverage Maxis, mampu merangka Pakej & Pelan sendiri, bina sistem yang lebih canggih dan pelbagai manfaat kepada Pengguna dan Dealer BeONE sendiri.

Manfaat Untuk Pengguna

Semestinya setelah menjadi MVNO sendiri (Tidak lagi bekerjasama dengan Redone), BeONE Mobile mampu memberi manfaat dan khidmat yang lebih baik kepada pengguna.

Simkad BeONE Mobile

Simkad beone

Apa yang pelanggan akan dapat dalam sim Beone tanpa melanggan apa² Pelan data?

Dengan pek permulaan simkad, pelanggan sebenarnya dah boleh cuba internet Beone, setiap sim dibekalkan dengan 1GB data.

1000018397
  • 1GB data sah untuk 7 hari
  • 80 hari tempoh, out of service
  • Sim serbaguna 4 dalam 1
  • Sedia untuk postpaid plan

dan lain² seperti rajah diatas.

Plan BeONE Mobile

beone mobile

Ramai yang tertunggu-tunggu pelan yang bakal dilancarkan setelah menjadi MVNO, apa yang pasti ialah kekal dengan harga terendah, 5G yang lebih stabil berbanding yang lama.

Pelan Bawah RM40 – Harga rendah, Data Premium. Datang dengan data super besar, panggilan tanpa had ke semua rangkaian, dan paling padu hotspot tanpa limit seperti telco gergasi lain. Sesuai untuk pengguna heavy data yang hari² guna internet.

Pelan Bawah RM30 – Plan ini dijangka bagi data besar (mungkin 100GB ke atas) lengkap dengan panggilan tanpa had kesemua rangkaian serta hotspot tiada limit. Memang ngam untuk student atau pengguna yang nak jimat tapi tetap nak internet laju.

Pelan-Pelan Lain – Dijangka Plan Tahunan, Mingguan Harian juga akan diperkenalkan Oleh BeONE Mobile.

Yang paling penting, Kelajuan Internet 5G jauh lebih stabil berbanding dengan Beone yang lama (Kerjasama dengan Redone). Dengan harga rendah, data premium, sudah tentu bakal menarik minat pengguna.

Pakej BeONE Mobile

Terdapat banyak pakej menarik disediakan untuk pengguna, antaranya ialah:

pakej beone

Selain Pelan Prepaid, Beone Mobile juga mempunyai Pelan Postpaid, Wifi Rumah dan juga pakej Handphone Percuma.

Pelanggan mempunyai pelbagai pilihan pakej yang akan dilancarkan secara berperingkat.

Manfaat Untuk Dealer

Sebagai Rakan Niaga BeONE, sudah tentu memberi banyak kelebihan setelah menjadi MVNO sendiri. Dengan Insentif yang lebih besar dan juga sistem yang lebih canggih.

Antara manfaat dan kelebihan Dealer / Agent BeONE Mobile ialah:

1000018408

Seperti diatas, anda boleh lihat kelebihan Dealer dipertingkatkan setelah BeONE menjadi MVNO.

Dan yang paling menarik ialah:

Sistem Daily Cash Out – Membolehkan rakan niaga terus cash out komisen yang anda dapat tanpa menunggu insentif dibayar setiap bulan seperti telco lain. komisen akan dipaparkan secara live dalam app partner.

PA Insurance – Khas untuk rakan niaga yang mengalami musibah di jalan raya (kemalangan). BeONE akan bantu meringankan beban kewangan anda.

Pinjaman Mikro – Rakan Niaga juga diberi kelebihan untuk buat pinjaman dengan BeONE, mungkin satu hari nanti anda perlukan duit untuk ubah suai kedai, BeONE tawarkan kemudahan ini.

Kursus Atas Talian – Untuk memantapkan lagi skill anda dalam bisnes simkad beone, HQ Beone sentiasa mengadakan kelas khas untuk dealer.

Dan terdapat banyak lagi kelebihan lain.

P/S: Jika anda berminat untuk Menjadi Rakan Niaga BeONE Mobile, Klik disini join group whatsapp dapatkan info dan soal jawab.

Cara Menjadi Dealer Beone

Dengan kelebihan serta manfaat yang dijelaskan seperti diatas, sungguh tidak rugi jika anda menjadi Rakan Niaga Beone Mobile.

Antara kriteria yang melayakkan anda untuk mendaftar ialah:

Guna Simkad BeONE – Seperti kebanyakan telco lain, korang mestilah guna sim Beone. Disebabkan Beone tidak lagi bekerjasama dengan redone dan Rasmi menjadi MVNO sendiri, anda perlu guna Sim versi baru.

Bermaksud, simkad BeONE yang guna coverage maxis, bukan sim lama dibawah redone.

Warganegara 18 Tahun – Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas dan mempunyai Kad Pengenalan diri.

Akaun Bank – Mempunyai akaun Bank di Malaysia untuk proses pembayaran komisen.

Proses Pendaftaran

Buat masa ini, Sistem daftar deler BeONE dan juga daftar simkad masih belum online sepenuhnya kerana Beone baru sahaja menjadi MVNO.

Kalau korang nak info terbaru pasal pendaftaran dan kelebihan jadi Dealer BeONE bawah rangkaian kami, boleh terus join group WhatsApp Pra Dealer.

Dalam group tu boleh tanya apa je, kami akan jawab sampai faham 😉

Klik je link kat bawah untuk join.

Klik disini untuk join Group Whatsapp Pra Dealer Beone